Tuesday, 22 January 2013
Sungai Kita
Sungai Melaka yang kini menjadi produk pelancongan utama dan di iktiraf sebagai saliran yang mempunyai kualiti terbaik di Malaysia. Foto Mohd Jamah Nasri
Enggan Sepakat Punca Umat Islam Ditindas Musuh
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)
Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.
Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.
Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam.
Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.
Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam.
Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud:
“Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8) Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini.
Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti.
Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina.
Guan Eng Terus Elak Beri Reaksi Isu Kalimah Allah
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengelak daripada wartawan yang cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai keputusan PAS menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Beliau terus beredar tanpa menghiraukan soalan wartawan selepas sidang media mengenai penafian penglibatan kerajaan negeri dalam penganjuran Penang Run 2013,di sini Isnin.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP tidak melayan soalan-soalan yang diajukan kepada beliau dan terus meninggalkan majlis di pejabatnya itu walaupun dipanggil berkali-kali oleh wartawan.
Isu kalimah Allah dibangkitkan oleh beliau dalam ucapannya sempena Hari Natal yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kenyataan Lim itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong parapemimpin pakatan pembangkang termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz NikMat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, PAS dan pemimpinnya termasuk Nik Abdul Aziz kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju atas alasan kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu malah Nik Abdul Aziz menyifatkan penggunaan kalimah Allah bagi agama lain adalah mengarut.
Kenyataan Lim terus mendapat tentangan pelbagai pihak terutama PAS menyatakan tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah Allah walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta supaya ia dikaji semula.
Sementara itu, Lim juga enggan menjawab apabila seorang wartawan cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai demontrasi oleh sekumpulan individu yang mendakwa anggota dan penyokong DAP di Pusat Khidmat Air Putih, di sini Isnin.
"Biar mereka berhimpun....saya akan komen esok," kata Ketua Menteri.
Kira-kira 45 orang yang didakwa penyokong DAP dan Timbalan Ketua Menteri II P.Ramasamy menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan pengundian Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada 15 Disember lepas.
Sekumpulan individu yang mendakwa penyokong dan anggota DAP dari beberapa kawasan telah mengadakan demostrasi selama tiga hari sejak Rabu dan Jumaat lepas di Butterworth dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menggesa DAP mengadakan pemilihan semula CEC.
Sementara itu, Ramasamy ketika ditemui menafikan kumpulan yang berdemonstrasi itu adalah penyokong beliau.
"Penyokong saya tak akan buat macam itu...mereka akan tanya pandangan sayadulu," katanya. - BERNAMA
PM Akan Perkenal 'Model Malaysia' Untuk Pembangunan Mesir
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di Kaherah untuk lawatan selama tiga hari, membawakan satu formula untuk pembangunan yang sering dirujuk oleh rakyat Mesir sebagai "Model Malaysia".
Lawatan ke Mesir itu akan memfokuskan hala tuju masa depan hubungan antara Malaysia dan Mesir, mekanisme kerjasama dan juga isu-isu substantif termasuk pelaburan, kerjasama perdagangan kewangan serta isu ekonomi dan pendidikan.
Najib akan mengadakan kunjungan hormat dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsy pada Selasa di mana kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan perjanjian kerjasama ekonomi komprehensif (CECA) antara kedua-dua negara.
Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukhti berkata, Malaysia begitu dikenali di kalangan rakyat Mesir sebagai sebuah model untuk perkembangan ekonomi.
"Kami juga dikenali kerana kita mempunyai ramai pelajar yang menuntut di Mesir dan malah sewaktu pilihan raya di sini, kami lihat sebahagian mereka dan parti mengadakan kempen dengan berjanji untuk membangunkan Mesir supaya ia menyamai Malaysia.
"Mereka menyatakan ia sebagai model Malaysia bagi pembangunan dan perkembangan ekonomi," kata Fakhruddin.
Pada masa ini, hampir 11,000 rakyat Malaysia di Mesir, kebanyakan mereka adalah pelajar.
Fakhruddin berkata, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah RM4 bilion setahun, kebanyakannya dalam sektor gas dan minyak kelapa sawit dengan Petronas sebagai pelabur asing utama di Mesir.
Najib akan ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut serta dalam delegasi Perdana Menteri adalah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md Zin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Najib turut akan bertemu dengan Perdana Menteri Mesir, Dr Hesham Qandil semasa berada di Kaherah dan akan berlepas ke Davos, Switzerland pada Rabu bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Mstar ..
Monday, 21 January 2013
Jgn Pertikai Tapi ikut Pakai apa kata DAP.. porahhh
Pas minta DAP jangan pertikai keputusan Dewan Ulama
Selepas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam, Dewan Ulama Pas meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan dewan itu berhubung isu kalimah Allah yang khusus untuk orang Islam.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan mereka hanya dalam soal politik dan bukannya agama.
Bagi persoalan yang menyentuh agama katanya, Pas boleh membuat keputusan secara bersendirian.
"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Soal akidah tidak harus dikompromi
Umat Islam tidak seharusnya berkompromi dalam soal akidah dengan tidak memberikan sokongan kepada mana-mana yang pihak cuba mempolitikkan isu tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pemimpin parti tertentu yang menyokong tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melibatkan soal berkenaan, hanya menyakitkan hati umat Islam.
Beliau menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memperkenalkan pendekatan wasatiyyah, tidak pernah mempolitikkan isu-isu sensitif membabitkan agama sebagaimana dilakukan pihak tertentu.
"Bila Guan Eng buat sesuatu, pergi sokong Guan Eng buat apa? Buat apa sokong? Buat sakit hati umat Islam? Ini bukan soal politik, tak boleh.
"Kita mahu orang bukan Islam jangan sakiti hati orang Islam dan kita orang Islam jangan sakiti orang bukan Islam, jadi negara kita aman, negara kita tenteram. Inilah dasar yang dibawa kerajaan di bawah pimpinan BN," katanya.
Beliau berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini yang dihadiri oleh kira-kira 50,000 orang.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Ucapan Najib itu jelas merujuk kepada tindakan pemimpin Pas yang sebelum ini menyokong kenyataan Guan Eng yang dilaporkan menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat bantahan pelbagai pihak, tetapi disokong majlis pimpinan pakatan pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun, Pas dan pemimpinnya termasuk Nik Abdul Aziz kemudian menukar pendirian kepada tidak bersetuju, kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang Satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain.
Sementara itu, dalam majlis berasingan di sebuah hotel di sini, kira-kira 300 guru pondok, imam muda dan ulama di negeri ini hadir memberi sokongan kepada Perdana Menteri ketika beliau mempengerusikan mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin BN Kelantan.
Antara tokoh agama yang hadir ialah Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa'amah; Ketua Pondok Pulau Ular Pengkalan Kubor, Mohamad Zainal Abidin dan imam muda, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff.
Perdana Menteri menyatakan rasa terharu atas sokongan yang diterima daripada para ulama di negeri ini dan percaya ia bukti bahawa BN berada di jalan yang benar.
"Saya amat terharu dengan sokongan ini. Hari ini tok guru, imam muda, ustazah muda, pemimpin-pemimpin agama, ulama dan pemimpin NGO hadir memberi sokongan kepada saya. Saya sedar, untuk memimpin negara, ia memerlukan gandingan antara pemimpin dan ulama.
"Ulama-ulama ini adalah yang tidak terlibat dalam politik justeru sokongan mereka adalah bukti kita berada di jalan yang lurus.
"Saya beranggapan mereka ini adalah pejuang kita yang mewakili rakyat justeru pada saya mereka akan berjuang membantu kita membawa perubahan di seluruh Kelantan," ujar beliau. utusan
Rupanya ada yg takut bila PM dtg Kelate
7 projek besar di Kelantan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan negeri ini sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata, projek tersebut adalah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.
Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.
"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini hanya sebahagian daripada manifesto kita, belum lengkap lagi. Ambo nak simpan modal ni, sebab ambo nak acap turun Kelantan nak umum lagi," katanya berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.
Pengumuman projek tersebut disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh kira-kira 50,000 orang hadirin pada majlis tersebut.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Menurut Perdana Menteri, rakyat Kelantan sememangnya dahagakan pembangunan termasuk tujuh projek itu dan kerajaan BN akan menunaikan janji tersebut demi kemajuan mereka sekiranya diberi mandat.
Beliau yang memberitahu masa untuk rakyat membuat keputusan semakin hampir apabila tarikh pilihan raya diumumkan tidak lama lagi berkata, anak Kelantan amat berbakat dan ramai yang menjadi pemimpin negara meskipun datang daripada keluarga susah, dan kalau mereka diberi peluang, boleh menjadi role model kepada negara.
"Kita kena pastikan bumi Kelantan, potensi rakyat Kelantan akan menjadi kenyataan sepenuhnya, inilah janji kerajaan BN. Kerajaan BN tidak melupakan untuk mendahulukan rakyat dalam tindakan kita," katanya.
Najib berkata, hanya dengan transformasi masa depan rakyat Kelantan boleh diubah dan diperbaiki dan BN sentiasa meletakkan kemahuan tersebut sebagai sebahagian dasar perjuangan parti itu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan transformasi yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan di peringkat Pusat tidak boleh dilakukan di negeri ini hanya dengan menggantung slogan dan bendera tinggi di atas pokok atau mewarnakan hijau dinding, bumbung dan pagar seolah-olah terjamin kedudukan umat Islam serta agama Islam.
"Kita tidak janjikan bintang, cakerawala atau syurga. Kita janjikan transformasi menyeluruh untuk rakyat Malaysia.
"Inilah yang dilakukan kerajaan kita iaitu melakukan perubahan yang besar yang digelar transformasi, dan transformasi ini, ambo lihat di bumi Kelantan juga akan kita lakukan," katanya. Utusan
Friday, 18 January 2013
Apa masalah Masyarakat kita?
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu perlu bersatu sekarang bagi memastikan kerajaan sedia ada kembali mendapat sokongan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Bekas Perdana Menteri berkata, seruan itu dilakukan kerana pihaknya mendapati orang Melayu pada masa ini tidak bersatu dan tidak memberikan sokongan penuh kepada kerajaan.
Beliau berkata, keadaan itu boleh menyebabkan kemungkinan orang Melayu di negara ini akan hilang pengaruh dalam kerajaan.
''Orang Melayu perlu bersatu dengan tujuan satu, bersatu dengan tujuan berlainan susah juga. Melayu tidak bersatu sekarang, sebab itu saya cakap macam itu tadi, mereka tidak menyokong penuh kerajaan. Oleh sebab itu, mereka perlu bersatu sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.
Yang hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Dr. Mahathir berkata, dalam menghadapi pilihan raya umum, orang Melayu mempunyai ruang untuk membuat keputusan sama ada yang boleh memberikan kebaikan kepada mereka atau sebaliknya.
Dalam hal ini beliau menjelaskan, bagi meramalkan apakah masa depan orang Melayu, hanya terdapat dua pilihan bagi kaum tersebut untuk membuat keputusan iaitu bagi yang sedar akan bertindak mempertahankan kedudukan sekarang.
Keduanya kata beliau, orang Melayu yang tidak sedar menganggap mereka juga akan maju sebagai rakyat Malaysia tanpa memberikan penekanan kepada soal identiti kemelayuan.
''Bagi pendapat saya walaupun sudah ada orang Melayu berjaya tetapi umumnya ramai yang tidak berjaya. Mereka mungkin tidak akan berjaya kalau tidak diberikan tongkat atau pertolongan.
''Kita percaya kejayaan orang Melayu menakjubkan tetapi belum tahu kalau tidak diberikan pertolongan dari awal mereka akan berjaya," katanya.
Beliau berkata, generasi baharu kini didapati merasakan ketakutan dan perasaan tertekan orang Melayu ketika bersatu melawan Malayan Union sudah tidak ada lagi kerana perkara yang dikehendaki oleh mereka sudah tercapai.
''Kesedaran timbul dengan ditekan, bila ditekan kita respons, maka akan rapatkan barisan dan bersatu padu dan wujudnya perpaduan. Inilah yang dapat menolak Malayan Union sehingga akhirnya British terima cadangan Persekutuan Tanah Melayu," katanya.
Justeru katanya, masa depan orang Melayu pada hari ini bergantung kepada kebolehan mereka membuat pertimbangan berasaskan kepada apa yang telah berlaku pada masa lalu.
''Orang Melayu kena fikir mendalam tentang bagaimana untuk menyelamatkan dan memajukan masa depan kita. Bagi negara demokrasi, banyak bergantung kepada pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.
''Kalau kita bertindak berasaskan kepada emosi dan perasaan kebencian, saya yakin masa depan tidak terjamin. Bagaimanapun sebaliknya, jika kita fikir secara mendalam berasaskan sejarah dan pengalaman, saya yakin kita boleh membuat pilihan bijak, sekali gus masa depan selamat," katanya. Utusan
PM lancar SelangorBN.fm
Saluran radio internet, SelangorBN.fm bakal menjadi medium untuk Barisan Nasional (BN) mendapatkan maklum balas daripada rakyat Selangor dan seterusnya berupaya memberi khidmat yang lebih baik dan berkesan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan saluran radio itu memuji usaha tersebut yang disifatkannya sebagai pendekatan baharu bagi mendekati pengundi dan rakyat di negeri ini.
"Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik kerana BN Selangor memikirkan cara yang sesuai dengan perubahan zaman," katanya ketika ditemu bual oleh deejay SelangorBN.fm, M. Kavimani di konti radio itu di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon. kosmo
Kalau nk Menang PRU13
Barisan Nasional (BN) perlu menawan pemikiran pengundi ‘atas pagar’ dengan membuktikan parti itu mampu menjamin masa depan rakyat sekiranya mahu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Profesor Kanan Jabatan Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid berkata, BN dilihat mampu mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan di negara ini berikutan sokongan positif secara keseluruhan daripada rakyat terhadap kepimpinan parti tersebut.
“Kelompok pengundi ‘atas pagar’ semakin berkembang dan kebanyakan mereka membuat keputusan (memilih parti yang hendak diundi) menjelang musim kempen pilihan raya berakhir.
“Mereka merupakan kumpulan pengundi yang mudah dipengaruhi berdasarkan sesuatu isu yang dibangkitkan pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya berlangsung,” katanya pada sidang akhbar selepas program Wacana Pra PRU-13: Siapa Jadi Pilihan di sini semalam. kosmo
Wednesday, 16 January 2013
Ada depa Buat?
Seorang kakitangan am di Kampung Jeram di sini terharu apabila kediamannya yang uzur dibaiki semula dengan peruntukan RM5,000 menerusi program Tinjauan Mesra Penerangan baru- baru ini.
Menerusi program tersebut, kakitangan tersebut, Siti Zuliha Yunus, 39, menerima bahan binaan seperti atap, kayu, simen dan batu-bata untuk membaik pulih rumah berkenaan.
Siti Zuliha ketika ditemui bersyukur dan terharu kerana nasib keluarganya mendapat perhatian daripada kerajaan serta tidak lagi gusar setiap kali musim hujan.
Katanya, setiap kali hujan, dia dan suaminya, Abdul Jalil Abdullah yang bekerja sebagai buruh hanya mampu melihat keadaan dalam rumah dibasahi air kerana tidak mampu membaiki atap yang bocor.
"Suami saya pula kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini sejak 17 Disember tahun lalu dipercayai akibat tekanan jiwa dan tidak mampu membaiki rumah ini.
"Bantuan itu meringankan beban saya dan kini hanya mampu berdoa supaya suami kembali pulih seperti biasa," katanya yang juga mempunyai anak berusia lapan tahun di sini.
Dia ditemui pemberita selepas gotong royong membaiki rumahnya yang disertai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.
Yang turut hadir Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rahim Abas dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mazlina Mohamad Lazim.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, aktiviti tersebut merupakan sebahagian program yang dijalankan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh negara.
"Usaha membantu rakyat bukan ikut musim, sebaliknya dilakukan secara berterusan," katanya sambil memberitahu bantuan diberikan mengikut keperluan di setiap PDM terlibat. Utusan
Jambatan Baru Manek Urai... Kalah pun Janji tetap Janji
Pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Baru di sini akan siap sepenuhnya pada April ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan kesungguhan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan janji yang dibuat.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan yang melibatkan kos RM15 juta itu berjalan dengan lancar walaupun mengalami beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan.
"Tiga bulan lagi penduduk di kawasan ini akan dapat mengunakan jabatan itu sekali gus menyangkal tuduhan pemimpin Pas sebelum ini yang mendakwa projek itu hanya janji palsu BN ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
"BN tetap melaksanakan janji biarpun kita tewas pada pilihan raya kecil itu. BN terus komited membantu rakyat di kawasan itu setelah sekian lama diabaikan oleh Pas," katanya selepas Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Manek Urai Lama, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Ketua Pemuda Bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat.Dalam majlis itu, Mustapa turut meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 2,000 penduduk setempat yang hadir.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 2009, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama, pengubahsuaian Masjid Temalir dengan kos RM600,000 dan pembinaan pusat sukan dan rekreasi di Manjor sebanyak RM300,000.
Kesemua janji itu dilaksanakan walaupun calon BN, Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi, biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas.
Sementara itu, Ramzi berkata, segala janji yang dibuat BN di kawasan itu dilaksanakan, sekali gus menutup mulut mereka yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu.
Katanya, Pas sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun diberi mandat untuk memerintah selama 22 tahun.
"Semua janji yang dibuat ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini," katanya. Utusan
Tuesday, 15 January 2013
Dua tokoh agama tegur Pas
Dua tokoh agama menasihatkan agar Pas berhati-hati dan bertindak lebih matang dalam menangani isu berkaitan agama seperti kalimah Allah demi menjaga akidah umat Islam di negara ini.
Salah seorang tokoh terbabit iaitu pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menyifatkan cara Pas menangani isu kalimah Allah menggambarkan kedangkalan parti itu dalam hal berkaitan agama.
Katanya, walaupun Majlis Syura Ulama semalam memutuskan kalimah Allah hanya untuk agama Islam namun pendirian Pas sebelum ini yang membenarkan bukan Islam menggunakannya mengundang kecelaruan. Utusan
Kalimah Allah: Mat Sabu ubah fikiran, setuju Majlis Syura
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.
Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi.
Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA
PI KULOMPUR PERCUMA, SAPA TAK MAU?
PI KULOMPUR PERCUMA, SAPA TAK MAU?
KUALA LUMPUR : Petang semalam ketika makan bersama seorang rakan, beliau memberitahu penulis bahawa pada hari perhimpunan tunjuk perasaan pakciknya mengambil bahagian.
"Pakcik kamu sokong pembangkang ke? tanya penulis.
"Tidak. dia tak sokong mana-mana parti tetapi jika ada majlis membabitkan orang ramai, dia akan hadir untuk memeriahkan suasana. Ini berlaku di kampungnya di Pulau Pinang." jawabnya.
"Jadi mengapa dia ikut sama dalam perhimpunan itu?" tanya penulis lagi.
"Saya tanya dia mengapa beliau hadir Sabtu lalu, pakcik menjawab bahawa jika semua diberikan percuma termasuk tempat tinggal, mengapa tidak ambil peluang. Dia kata, "tak keluaq duit pun. siapa tak mau pi kulumpor free". " jelas rakan.
"Jadi apa yang dibuat setiba di KL? " tanya penulis.
"Dia kata, dia ikutlah arahan ketua. Apabila diminta keluar berjalan-jalan ke stadium, beliau ikut sajalah dan kemudian balik menaiki bas ke Pulau Pinang," terangnya.
Sekian.
Oleh Ibrahim Yahaya
Subscribe to:
Posts (Atom)