Wednesday 15 September 2010

Pra Sambutan Hari Malaysia Padang Merdeka Sabah


Selamat Datang Dan Menyambut Hari Malaysia




Tapak Sambutan Hari Malaysia......Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah



1Malaysia








Hujan renyai-renyai di Kota Kinabalu,sabah, pegawai serta kakitangan sedang bertungkuslumus menyiapkan sentuhan terakhir bagi menyambut sambutan Hari Malaysia yang pertama kalinya disambut pada 16 September 2010. Walaupun tarikhnya sama dengan cadangan Anuar Brahim untuk mengambil alih Malaysia daripada kerajaan sekarang. Itu cerita pakatan Anuar.

Apa yang berlaku hari ini adalah Pengiktirafan Hari Malaysia dan sambutan peringkat kebangsaan yang pertama kali disambut bagi mewujudkan serta menanamkan semangat 1Malaysia. Kita menyambut bukan sahaja hari merdeka pada 31 Ogos tetapi juga Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.Sabah merupakan pilihan pertama bagi smabutan ini dan mungkin diikuti pula oleh sarawak pada tahun berikutnya.

Persiapan rapi sedang dibuat dengan buntung serta banner sambutan hari Malaysia bersama dengan Bendera Malaysia jelas kelihatan di serata pelusuk sabah dan sarawak. Kelihatan semua pihak berkerjasama tanpa mengira kaum, bangsa, suku, warna kulit dan agama turut bersemangat dalam menjayakan sambutan Hari Malaysia.

Semangat 1Malaysia boleh dizahirkan melalui persiapan sambutan ini.Ianya bukan sekadar sambutan sahaja tetapi manifestasi sebuah negara bangsa yang menjadi harapan kerajaan bersesuaian dengan slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.Moga sebahagian besar masyarakat yang akan hadir dapat menghayatinya dan menyampaikan pula kepada mereka yang tidak dapat hadir pada malam esok.Walaubagaimanapun acara sambutan ini akan ditayangkan secasra lansung melalui TV1, RTM.....

sementara menunggu raptai sambutan Hari Malaysia pada malam ini, sempat juga meninjau-ninjau kawasan sekeliling termasukla pasar basah filipina, bila ditanya penduduk disini tentang sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada malam esok, semuanya bersetuju dan menyuarakan sambutan Hari Malaysia sepatutnya sudah lama di rayakan dan tarikh 16 September 2010 merupakan sejarah bagi Malaysia.

Selamat Hari Malaysia, 1Malaysia.

1 comment:

  1. 1 malaysia menjana tranformasi...hidup PM

    ReplyDelete