Friday 17 September 2010

MALAYSIA NEGARAKU BERTUAH


1. Tepat 9.46pm, Dato' Seri Najib telah mengisytiharkan Hari Malaysia dimana terpahat satu lagi catatan sejarah dalam negara ini. Penyatuan diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu telah berlansung selama 47 tahun.

2. Sambutan perayaan Hari Malaysia di Padang Merdeka adalah satu penzahiran hasrat PM bagi menjayakan Gagasan 1Malaysia. Segenap lapisan masyarakat yang telah hadir dari pelosok kawasan di Kota Kinabalu telah memberi respon yang positif dimana setiap kali PM menegaskan hasratnya dalam ucapan telah mendapat sorakan dan tepukan yang amat gemuruh sekali.

3. Golongan muda dari segenap pelosok di KK telah mendominasikan diri mereka untuk memeriahkan sambutan perayaan Hari Malaysia tersebut. Mereka sangat agresif dan responsif tehadap sambutan dan ucapan oleh PM pada malam tersebut.

4. 1Malaysia telah menggegarkan Padang Merdeka, malah laungan 1Malaysiaini telah menyelinap manusuk ke telinga masyarakat di KK.

5. Dif jemputan asing dan pelancong yang berkesempatan berada di KK ini telah berpeluang untuk menghayati keunikan masyarakat yang terdapat di Malaysia ini melalui persembahan dan pelbagai kaum dari lapisan masyarakat yang telah membanjiri Padang Merdeka.

6. Persembahan sambutan Hari Malaysia sarat dengan masej cintakan Malaysia, mengenang kepimpinan terdahulu dan semangat 1Malaysia menjadi pendorong kepada kehidupan yang lebih harmoni didalam negara ini.

7.Moga Malaysia SELAMAT, AMAN dan SEJAHTERA hendaknya.


SELAMAT HARI MALAYSIA - 1MALAYSIA





















1 comment:

  1. teruskan usaha dalam membantu generasi muda menghayati gagasan 1Malaysia demi tanahair tercinta

    ReplyDelete