Thursday 16 September 2010

Raptai Hari Malaysia







Bermula jam 8.00 malam bermulala raptai penuh sambutan perayaan Hari Malaysia 2010 bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Turut hadir dalam menyaksikan raptai Hari Malaysia ialah Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi, Timbalan Menteri, KSU Kementerian serta pegawai kanan Kementerian.

Syabas diucapkan kepada peserta yang mengambil bahagian termasuk tenaga pengajar berjaya menanam serta menerapkan nilai-nilai perpaduan dan semangat 1Malaysia dalam pesembahan tersebut. Peserta yang terdiri daripada lapisan remaja serta masih bersekolah telah menyuntik semangat baru kepada gerasi muda agar lebih memahami erti perjuangan, sejarah dan sayangkan tanahair. Tak seperti sebelah sana yang hanya tahu memecah belahkan bangsa serta agamanya. Tak abis dengan itu sanggup mempolitikan pelbagai isu supaya Malaysia nampak hina di mata dunia luar.


Masej yang disampaikan amat jelas dan padat dengan nilai 1Malaysia selaras dengan hala tuju negara mencapai wawasan 2020. ini yang terbaik dapat diserapkan dan diamati oleh generasi muda sekarang. Sejarah perjuangan pemimpin terdahulu perlu difahami oleh setiap generasi kini.


Malam esok merupakan detik bersejarah Malaysia kerana sambutan perayaan Hari Malaysia akan disambut di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Pada malam ini pun penduduk tempatan telah ramai datang untuk melihat persembahan raptai sambutan perayaan Hari Malaysia dan tanda sokongan. 16 September merupakan detik bersejarah Malaysia dengan smabutan Hari Malaysia dan 16 September jugala tarikh yang ajaib bagi Pakatan Anuar.

*esok bermula jam 4.00 petang peserta dan tenaga pengajar akan berkumpul di Padang Merdeka bagi persiapan Malam Bersejarah Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2010

No comments:

Post a Comment