Thursday 30 September 2010

KuLi Pengarah PRK Galas



KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Ku Li dan Tok Pa akan berkerjasama memenangi pilihanraya Dun Galas Gua Musang. Kepercayaan yang diberikan oleh Presiden dan Timb Presiden amat membanggakan. Tahniah...

Keputusan yang dibuat oleh Presiden parti ini memberi tamparan dan terajang alik kekok kepada Pakatan kerana selama ini menghasut mengatakan Ku Li sudaj dibuang dr BN. Sekarang kepimpinan KuLi dan Tok Pa masih diperlukan oleh rakyat kelantan seluruh rakyat kelantan mahukan pemimpin sebegini...

Mari kita bersama-sama bergerak memenangi pilihanraya Dun Galas..

6 comments:

  1. salam, blog tuan sudah saya paut

    ReplyDelete
  2. kesian ku li....tersepit...kalah umno dia dapat blame , menamg umno dia tak dapat apa, dia diperguna olih mahyuddin kerana sepatutnya mahyuddin jadi pengarah pilihan raya umno, tapi mahyuddin tak konfident dan taichi kat ku li....selama ni mana umno ada layan ku li tiba2 jadi darling pula, tektik lama dan kotor, rakyat bukan tak cerdik lagi.....ku li akan buat apa di suruh dia buat......

    ReplyDelete
  3. Desas-desus mengatakan Ku Li bakal diumumkan sebagai ADUN Galas. Tak mustahil, Insya Allah

    ReplyDelete
  4. Ku Li is the best...

    ReplyDelete
  5. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

    Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

    Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

    Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
    Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

    Cepat sebelum tawaran ini habis..
    - Anak jati Kelate di perantauan

    ReplyDelete
  6. TQ azli,

    Anon .... pasal la ko nie bodoh sangat, mana ada kuli tersepit ker hapa ker...kuli tetap org UMNO... dia tahula kawasan dia.. ko apa tahu... lancau tau ka...

    Tak kesah la sapa yg bertanding,, janji melayu bersatu menentang pakatan haram..

    Dengar cerita rumah2 sewa dg abis... rega pun boleh tahan... yg penting kita bersama mencapai wawasan 2020... amin ....

    ReplyDelete