Monday, 16 August 2010
Saman Jangan Tak Saman Ekor
Satu hal pasal saman di negara ini, banyak pihak yang boleh saman menyaman nie. Polis pun boleh menyaman, JPJ sudah tentu boleh saman, Kastam pun saman jugak. Banyak yang pertikai pasal saman-saman nie terutama saman Ekor. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan saman Ekor.
"Dalam konteks saman ekor, ada yang kata mereka tidak bersalah kerana kesalahan trafik itu dilakukan oleh orang lain yang menggunakan kenderaan atau menyalahgunakan nombor pendaftaran kereta milik mereka.Maka ia perlu dikaji semula dan diteliti kerana kita tidak mahu ada pihak yang teraniaya dan agar semua keputusan yang dibuat adalah adil,"
Dalam hal ini yang ramai pertikai... tak pernah pun tayar kereta bergolek kat kawasan itu, ada plak saman ekor. Entah sapa punya kenderaan pakai no palsu ini. Itu yang buat orang marah. Termasuk kereta aku pun kena gak saman ekor nie...
Kalau nak saman tu, pastikan kepilkan sekali ngan gambar kereta yang ditembak bersama slip kelajuan ker hapa ker... janji ada semua tu.. aku pun tak marah... tetiba jer dapat surat saman, ini tidak... nak tengok gambar kereta kita yang kena tembak... kena RM 10 henggip.. pas tu kena g amik kat Balai Polis daerah yng kena tembak tu...satu hal plak... Tak boleh ker kepilkan sekali sebagai bahan bukti yang mengatakan kereta kita kena saman kat kawasan tu
Ada satu saman yang aku tak bayar lg nie sekarang, kawasan itu kawasan hutan, had laju 70KM sejam. Masalahnya kawasan hutan belantara tu bukan takat manusia yang bermain kat situ, babi pun tak melintas... Ada dia buat undang2 kawasan had laju 70KM sejam... tapi nak buat cam mana... dh undang-undang....
Apapun kerajaan perlu meneliti perkara ini sebaik mungkin sebab , sikit punya hal pasal saman ekor boleh menbuatkan jutaan rakyat makin membenci kerajaan dan sudah biasa menjadi kebaikan kepada Pakatan memainkan isu ini. Bak kata DAP nak hapuskan saman ekor dengan orang yang kena senarai hitam... orang ramai suka benda tu, walaupun orang tahu mustahil bagi DAP nak laksanakan. Jangan buat perkara yang boleh mengjahanamkan kerajaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment