Thursday, 29 July 2010

Jangan Bazirkan Wang Kerajaan

I pergi untuk buat kerja kerajaan..u duduk rumah jaga anak-anak. U kena pastikan anak-anak mendapat pelajaran yang secukupnya. JANGAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN... JANGAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN.... sedikit kata-kata azimat daripada Allahyarham Tun Razak. Jangan Bazirkan Wang Kerajaan.

Pemimpin dahulu yang semangat kerjanya begitu ikhlas demi rakyat dan Negara. Menjalankan amanat yang diberikan kepada rakyat tanpa mengenal jemu, penat, sakit hinggakan menjalankan tugas hingga nafas yang terakhir. Itu pemimpin dahulu.

Tapi adakah pemimpin sekarang ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan. Ada segelintir pemimpin dahulu mengatakan pemimpin sekarang hanya mengejar glamour, duniawi,mengejar nama, pangkat dam pingat. Ada yang gilakan ceremonial.Ada yang gilakan amaran.Tapi yang pasti... yang penjilattt ramai.. Adakah itu yang berlaku.

Ada berpolitik untuk kronie dan keluarga. Ada yang berpolitik untuk poket. Ada yang berpolitik untuk nama.Ada yang berpolitik untuk menjahanamkan negara. Ada yang berpolitik untuk memecahbelahkan bangsa melayu dan agamanya.

Kenapa ini berlaku? Adakah semua pemimpin sekarang sudah Mati semangatnya. Adakah semangat kegilaan duniawi yang hidup dalam dirinya.Sekiranya ini masih menebal... adakah kita sanggup melihat melayu menjadi pemgemis di bumi sendiri.

Melayu semakin berpecah dan semakin miskin dimata bangsa lain. Pemimpin yang ada hanya mampu melihat pepecahan ini. Pemimpin sekarang jugalah yang meemcahkan semangat melayu. Adakah politik pemecahan melayu dan agama islam yang mampu dilaksanakan oleh pemimpin sekarang. Kenapa pemimpin bangsa melayu hanya melihat pepecahan ini. Adakah syurga yang akan diterima oleh pemimpin-pemimpin yang memecahbelahkan bangsa dan agamanya hinggakan melayu semakin lemah dan semakin hina.

Adakah perpaduan wujud dalam masyarakay melayu kini.

No comments:

Post a Comment