Wednesday 27 October 2010

Galas; Poster vs 'Gula-Gula'...Mana Yang Berkesan


Pekan Gua Musang semakin rancak dan meriah dengan perang poster antara BN dan PAS tetapi ini tidak boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengundi disini. Ia juga tidak mencerminkan pengaruh sokongan pengundi di kawasan tersebut.

Bagi pengundi yang juga penduduk di sini poster tidak memberi apa-apa erti kerana mereka berfikiran terbuka. Pada mereka parti-parti yang bertanding boleh memacak berapa baynak poster yang mereka suka. Bukannya duit mereka tetapi duit-duit parti yang bertanding.

Selain poster yang selalu dan yang dahulunya banyak memberi kemenangan pada BN ialah 'gula-gula' dalam bentuk wang ringgit dan juga pembangunan infrastruktur. Yang menjadi soalan ialah adakah kali ini, di kawasan pengundinya tidak kisah tentang pembangunan, boleh kah cara BN ini akan berjaya memenangi hati dan minda mereka?

BN telah mengalami kekalahan dengan cara ini di Sibu dan juga yang benar-benar menusuk jiwa dan rasa pengundi. Perlu di ingat, Ku Li adalah idola pengundi di sini dan mungkin cara Ku Li memenangi hati pengundi lain dari yang hendak di lakukan oleh pemimpin BN.

Jadi fikirkanlah baik-baik.

2 comments:

  1. does it your habits..spelling errors! ..memacak berapa baynak poster yang mereka suka.

    sentiasa berlaku dan sentiasa berulang! bila mahu berubah??

    greenspider

    ReplyDelete
  2. woi..! update..update..
    isu dah lapuk..ker lu terlupa password..takleh nak akses hah?

    waklakaa..kakakaka..

    ReplyDelete