Monday, 11 October 2010

Aduhai Sifu Bloggers


Terkejut juga apabila baca blog Rocky's Bru dan Bigdog pasal kes Menteri KPKK Dato' Seri Rais Yatim, Pegawai Tertinggi Kementerian serta keluarganya terlibat dalam kes ini. Apakah perkara ini betul dan Menteri KPKK dan Pegawai Kementerian terlibat sama. Ada juga kenyataan mengatakan anak Menteri KPKK ini terlibat... kononnya syarikat yang dapat Geran Broadband tu adalah Anak Menteri KPKK. kilk rockybru.com.my/2010/10/who-gets-santa-rais-rm1-billion-handout.html dan bigdogdotcom.wordpress.com/2010/10/08/transparency-is-the-way-to-go

Berat tul tuduhan tu? Betul ker semua ini.. ada bukti ker semua ini terlibat dalam melobi Geran Broadband nie. Hebat kecaman daripada pihak luar yang kurang pasti akan kesahihan isu ini. kalau dilihat daripada sudut luaran ini, memang jelas dan senang sangat Menteri KPKK bersama Pegawai Kementerian buat duit juta-juta. Hakikatnya ini semua tidak berlaku dan mungkin khabar angin ini bertiup bagi melemahkan kredibiliti Dato' Seri Rais Yatim sebagai Menteri.

Sebagai pengamal media yang nama dan top dan ramai anggap sifu mungkin sedikit terkilan dengan isu ini. Alangkah baiknya ada bukti yang kukuh atau check dulu kebenarannya baru keluarkan artikel ini.

No comments:

Post a Comment