
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.
"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama
Ku Li dan Tok Pa akan berkerjasama memenangi pilihanraya Dun Galas Gua Musang. Kepercayaan yang diberikan oleh Presiden dan Timb Presiden amat membanggakan. Tahniah...
Keputusan yang dibuat oleh Presiden parti ini memberi tamparan dan terajang alik kekok kepada Pakatan kerana selama ini menghasut mengatakan Ku Li sudaj dibuang dr BN. Sekarang kepimpinan KuLi dan Tok Pa masih diperlukan oleh rakyat kelantan seluruh rakyat kelantan mahukan pemimpin sebegini...
Mari kita bersama-sama bergerak memenangi pilihanraya Dun Galas..