Wednesday 6 January 2010

Kelantan lelong kota Serambi Mekah

Apa dah jadi dengan negeri serambi Mekah. Baik jual jer atau timbang kati kat negeri lain. Mana tahu selangor, kedah atau P.Pinang nak beli. sebabnya, kelantan dah mula malu dengan masalah maksiat yang semakin hari semakin subur dan bertambah maju.. biarpun negeri tak maju-maju.19 tahun Kelantan yang berada di bawah pemerintaan PAS telah terkenal dengan pembangunan Kota Serambi Maksiat, peneraju terkenal dgn Negeri paling miskin dan mundur, peningkatan kes rogol kepada 25%, paling kotor menjijikan, sampah sarap, saluran najis, saluran air yg tak terurus, air bersih yg banyak tercemar, kota Berhala Buddha serta dan terbaru saman sebanyak RM800 juta.

Selama ini anak-anak mudanya terkenal dengan lemah lembutnya, adat ketimurannya,terkenal dengan ilmu agamanya hancur apabila kes-kes maksiat yang didedahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini. Pendedahan seramai 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat . Itu yang didedahkan oleh Jabatan hal ehwal Agama Islam di bandar-bandar. Ini belum kes-kes di kawasan luar bandar Kes jenayah rogol di Kelantan juga telah meningkat terutamanya bawah umur semakin membimbangkan apabila kelantan mencatatkan peningkatan 25 peratus. Ini kes yang direkod. kes yang tak rekod tak tahu laaa yg tak rekod. Belum lagi masuk kes cekuduk dalam ladang sawit.Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata 60 peratus daripada jumlah kes rogol dilaporkan sepanjang tahun lepas di negeri itu membabitkan mangsa berumur bawah 16 tahun.

Melalui hasil kajian, Abdul Rahim berkata polis mendapati kejadian kes rogol berlaku disebabkan pergaulan bebas dan faktor suka sama suka. Anak-anak muda kelantan mempunyai semangat ingin mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya anak-nak muda ini belum merasai cekuduk. Nescara semangat ingin tahu tu la yang membuatkan mereka cekuduk. Maka bertambah-tambah la kes maksiat di kota serambi mekah. Adakah ini yang disematkan dalam jiwa anak-anak muda Kelantan. Patutla kes-kes maksiat di Kelantan meningkat. Bermula dari yang tua sampailah bawah umur pun buat maksiat.Ini boleh dikatakan agak bagus juga, sebabnya rasa-rasanya tiadanya kelab malam, dangdut ker apa ker kat sana. Pusat-pusat karaoke tak tahu ada ker tak ada. Kena haram kot. Kalau la tempat-tempat cam tu ada kat kelantan.. rasanya makin banyak kot masalah sosial yang tak dapat dikawal oleh kerajan PAS kelantan.

Kerajaan PAS sepatutnya prihatin serta memandang berat masalah ini daripada menunding jadi menyalahkan pihak lain berlakunya masalah sosial di Kelantan. Adakah PAS terlalu sayangkan politik hinggakan tanggungjawab kepada rakyat terabai.Apakah peranan sekolah-sekolah agama rakyat dikelantan tidak menitikberatkan masalah ini? Adakah pihak Polis yang bersalah? Adakah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan terlalu rajin membuat serbuan?

No comments:

Post a Comment