Monday 4 January 2010

Kalimah Allah!!! PM menghadap Agong


Dato' Seri Najib akan mengadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. PM memandang isu ini amat sensitif bagi masyarakat umat islam di negara ini dan serata dunia. PM juga berharap agar masyarakat islam bertenang dan bersabar dan berjanji akan menyelesaikan perkara ini.

Terima kasih kepada semua masyarakat islam,parti-parti politik dan juga NGO yang membuat bantahan terhadap penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain serta pihak-pihak tertentu bagi kepentingan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald - The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Kenapa mereka perlu menggunakan Kalimah Allah? Kenapa ALLAH? Beratus nama tuhan-tuhan di seluruh dunia?Dah tak ada nama tuhan lain ke yang mereka nie nak ikut. Adakah ini cara terbaik bagi menghina Islam, memecah belahkan umat Islam? Adakah ini yang dijadikan tali pengukur untuk melihat sejauh mana kekuatan islam di Malaysia dan dunia. Adakah ini juga yang dijadikan tali pengukur PAS samaada melihat isu ini sensitif bagi masyarakat islam atau hanya mainan politik. Adakah mereka merasakan umat islam di Malaysia telah berpecah- belah disebabkan oleh Parti Politik?Adakah mereka merasakan PAS akan menyokong mereka kerana PAS mempunyai ramai Ulama yang boleh menyokong mereka?

Ternyata mereka silap dan seluruh umat islam bersatu hati tanpa mengira fahaman politik telah bersatu bagi menghalang kalimah Allah digunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Kesucian agama islam wajib dipelihara selama-lamanya. Sudah sampai masanya umat islam seluruh malaysia melihat ini sebagai cara pihak yang tidak bertanggungjawab memecah belahkan masyarakat islam di Malaysia. Sudah sampai masanya Masyarakat islam berpadu tenaga,bersatu hati dan mengukuhkan perpaduan agar negara kita dan agama rasmi kita tidak dipijak dan dirampas oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment