Saturday, 4 April 2009
Ngeh persenda ucapan Salam, pemimpin dan penyokong Pas bersorak sorai
KIRA-KIRA jam 10.35 Isnin malam, Presiden Pas Hadi Awang mengumumkan pencalonan Nizar Jamaluddin, bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di depan beberapa ribu penyokong di padang Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping.Jelas sekali, kelulusan dan permit polis menggunakan Padang Kota digunakan sebaik mungkin oleh Pas dan wakil-wakilnya. Pemimpin DAP dan PKR selain Hadi mengambil kesempatan memancing undi sambil mencemuh. menfitnah,memutar belit fakta dan tentunya mencari kesalahan kerajaan saja.Namun apa yang Coleteh agak terkilan adalah apabila mendengar ucapan Salam semua pemimpin itu kepada hadirin dalam pelbagai bahasa.Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Wanikam, Ni hau ma – tentunya semuanya itu baik bagi mengambil hati hadirin yang majoriti kaum Melayu sedangkan pengundi Cina dan India boleh dikira.Apa yang dikesali adalah apabila Ngeh yang juga Pengerusi DAP Perak memulakan ucapan dengan memberi salam. Dia ikut suka dia jer. Beliau amat sukar untuk menyebut Salam sambil berkerut-kerut dahi.Tapi dia belasah semacam jer bunyinya. Sangat pelik bunyinya. Susah nak eja apa yang disebut oleh Ngeh itu. Apa yang pasti Ngeh main hantam saja. Sungguh aneh dan memalukan.Tapi pemimpin dan hadirin berkopiah dan mak aji Pas bersorak sorai, gembira kononnya Cina DAP dah terima Islam dan boleh terima Melayu, dah boleh makan sepinggan.Bagi wakil DAP tu, salah sebut Salam mungkin bukan penting sangat. Yang penting orang Pas Bukit Gantang suka. Tapi jangan lupa DAP sering membantah sekeras-kerasnya apabila Azan dikumandangkan di masjid-masjid dan surau-surau.Salam yang diberikan oleh Ngeh tu salah sebutannya. Terlalu berserabut. Anda boleh fahamla, jika menyebutnya sekadar mahu menunjuk-nunjuk . Tapi orang Cina Islam, ok pulak fasih dan betul mereka menyebutnya.Apa yang pasti lain bunyinya orang Islam dan bukan Islam menyebut kalimah Allah dan ucapan Salam.Tapi kalau setakat nak mengambil hati orang Melayu dan Pas pun buatlaa latihan “sebutan” . Ramai ustaz dan ustazah di kalangan pemimpin Pas yang boleh ajar cam mana nak sebut perkataan Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.. dengan baik.Tapi diaorang berlagak bodoh jer. Tidak peka langsung Seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Tak tahula pula apa hukum orang kafir memberi Salam kepada orang Islam. Kalau orang kafir memberi salam Assalamualaikum kepada orang Islam, apa yang harus kita jawab. Bagi mereka yang tahu hukum-hakam Islam bolehlah menjawab dengan betul.Tapi bagi yang lain pasti belasah jawab macam biasa jer.Apakah tujuan di sebalik ucapan Salam pemimpin DAP itu? Apakah makna Salam Ngeh itu? Adakah ada kepentingan politik ataupun hatinya ikhlas mahu mengenali Islam atau ingin mengaburi pemikiran orang islam Pas Bukit Gantang?Celoteh cadang agar Hadi atau ustaz dan ustazah Pas membuat kelas pengucapan Salam dengan sebutan yang betul kepada wakil Cina dan India. Fikir-fikirkanlah warga Bukit Gantang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment