Tuesday, 21 April 2009

Keterbukaan Perlu Ada Tutupnya

Apa baiknya keterbukaan atau kebebasan yang diberikan menyebabkan kesusahan dan tidak selesanya kepada orang lain. Sekiranya keterbukaan dan kebebasan terutamanya media cetak atau elektronik digunakan tanpa kawalan dan pemantauan yang sihat…sudah pastinya menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

Dengan penyebaran fitnah, penipuan,mencaci, mengutuk,menghina serta memalukan orang lain serta keluarganya menggunakan saluran media ini dianggap suatu yang murni. Murni ke? Guna saluran media untuk berpolitik sekarang makin canggih. Baca surat khabar ker blog ker tak abis-abis dengan isu kutuk, fitnah,dakyah, menipu ke apa ker asalkan hatinya bahagia, boleh buat Negara kacau bilau, boleh buat orang melayu bermusuh dan berpuak-puak, boleh buat orang masuk syurga asalkan register nama dalam partinya serta boleh mengelirukan orang dengan fatwa-fatwanya. Asal saja politiknya suksesss.

Hidup dengan aman, tenteram, bahagia, takder kacaubilau dibumiku MALAYSIA tak boleh ker. Berpolitik sehingga rakyat hidup dalam kesusahan,tak tenang, jalan sesak sebab ada rusuhan atau perarakan. Buat kecoh sepanjang tahun suruh orang tidak lupa yang korang sedang berpolitik. Yang susahnya orang lain.

Bila diberi kebebasan…. salah gunala pulak. Bila disekat sedikit kebebasan, kata kerajaan tidak teluslaa tak terbuka laa, Sebab tu dalam keterbukaan pun perlu ada tutupnya. Tak bolehla nak bagi semua kebebasan. Kerajaan perlu simpan sedikit keterbukaan tu untuk kesenangan rakyat. Adanya akta mesin cetak tu merupakan panduan agar penyebaran unsur-unsur fitnah yang boleh menganggu gugat keamanan Negara dapat dikawal. Saranan kepada kerajaan agar diperketatkan lagi undang-undang mesin cetak agar rusuhan seperti di Thailand tidak berlaku di Malaysia. Adapun sikit jer…berlaku kat Stadium bola sepak Kota Bharu.. main bakar-bakar kenderaan…. Nasib baik tak bakar Stadium….Kalau bakar stadium....boleh dapat stadium baru ker? Yang buat salah, tabor fitnah, menghasut, menyebabkan tercetusnya rusuhan dan kacau bilau kat Negara ini bolehla registerkan mereka kat Sekolah Menengah ISA, Kamunting Perak. penginapan dan makanan ditanggung.

5 comments:

  1. ...kalau bukak dada camne bro? bole ka..?

    ReplyDelete
  2. bukak jer apa nak bukak, jgn sampai terLENJAN dah ler

    ReplyDelete
  3. sebab dah terlebih open la, makin menjadi-jadi skrg ni..

    ni apa kes ni hero kecik, asyik pilihan raya jer sepanjang tahun... lepas bukit gantang, penanti lak menanti, lepas penanti nih ape lak yang menanti lg nih.. cube cite sikit...

    ReplyDelete
  4. menanti Anuar bertanding kat dun penanti... boleh jadi ketua menteri Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  5. woi update lah!

    ReplyDelete