Sakit mata aku bila tgk pekerja asing yg datang ke Malaysia nie.. Yang berdaftar bolehlaa diterima akal.... yg tak berdaftar nie...Isu kebanjiran pendatang asing kini dah jadi berita hangat diperkatakan, khususnya di kedai-kedai kopi mahupun diparlimen. Semua orang tahu bahawa isu ini bukan perkara baru,dah lapuk deh zaman dahh, tetapi kemasukan pekerja asing nie telah wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lg. Semasa penjajahan British, masyarakat Cina dibawa masuk bagi mengusahakan lombong-lombong, manakala keringat masyarakat India dikerah untuk mengerjakan estet-estet kepunyaan penjajah.
Walaupun telah sekian lama menggunakan tenaga asing, namun aku rasa kesal, sebab tahap pengurusan pekerja-pekerja asing diMalaysia masih belum matang. Pekerja asing dibawa secara besar-besaran dan tanpa had oleh agensi pekerjaan atau sesapa saja yang bawa masuk pekerja asing nie...yang terlalu rakus bagi menampung keperluan buruh konglomerat asing yang beroperasi di Malaysia, pas tu plak kelemahan dari segi pemantauan dan tiadanya strategi pengurusan sumber manusia yang baik menjadikan agensi kerajaan pegun dan tidak berupaya menyelesaikan masalah berkenaan.Tak berupaya atau buat bodoh ker...aku pun tak tahulaaaa. Tapi semestinya peranan pihak kerajaan sekarang nie,, aku pujilaaaa.....
Sikap masyakat Malaysia juga boleh jugak nak dipersalahkan, kerana memandang sepi kedaifan dan kebajikan pekerja-pekerja asing, sekali gus memaksa para pendatang memencilkan diri dan mewujudkan kelompok komuniti-komuniti di pinggir kota. Duk bawah jambatan pun ada, tepi sungai pun ada, duduk dalam bangunan tak siap pun ada, bukak rumah dalam ladang2 sawit pun ada... siap pesta lagiii. Kesannya perasaan prasangka negatif dan peluang bagi segelintir pendatang untuk menambahkan lagi masalah sosial yang semakin tinggi. Senang-senang jer cuti api TNB, Curi Air, meragut ker, merompak ker.. semualaaa. Ponatlaa nk citor semuo.
Sebagai seorang patriot yang mencintai negara, doktrin Malaysia untuk warga Malaysia tidak lagi praktik di dalam suasana globalisasi masa kini. Seperti U.K, U.S dan negara maju lain, Malaysia memerlukan tenaga asing untuk bersaing dan menjana ekonominya. Lantas pihak-pihak terbabit harus memainkan peranan aktif untuk menukar persepsi umum rakyat Malaysia terhadap peranan dan sumbangan pekerja asing. Selain itu, usaha-usaha juga perlu ditingkatkan bagi menjaga kebajikan pekerja-pekerja berkenaan agar imej Malaysia tidak terus tercalar dengan insiden-insiden yang menyalahi peraturan hak asasi manusia yang diterima masyarakat antarabangsa.
Pah takpola deh...
kamu tahu tak kalau bukan mrk yg tungkus lumus membina bangunan . jangan fikir kamu dpt inggal di rumah batu. mrk pun hanya hendak meneruskan hudup. baik nilai diri sebelum orang lain. nasihat ikhlas
ReplyDeletehero tah apa-apa...
ReplyDeletekita kongsi je la..cuma pengurusan sumber manusia & bahagian pengambilan pekerja asing perlu lebey tegas.jaga la kebajikan kedua-dua belah pihak.utk kemanusiaan sejagat.ini bkn b'maksud kita perlu korbankan ketuanan kita dibumi malaysia.betul,malaysia utk malaysian.tapi apkah salahnye jika kita kongsi sama2.bkn bg tanah pun.lgpun malaysia msih perlukan mereka.ya,gaji mereka lbey rndah berbanding kita.dri ctu kta bley smpan sdikit dana utk pembangunan insfastruktur2 lain.ada org ckp,petronas kan ad.klo stakat petronas je support,smpai bla la x nk cpai status negara moden.duk takuk lama la jawabnye.Yang penting skrg ni,kita kne bngunkn keintelektualan.
ReplyDelete