Kenyataan Nurul Izzah Naib Presiden PKR mengenai Kebebasan Beragama dalam kalangan melayu membuatkan ramai orang islam dan melayu marah. Disamping itu juga reaksi orang ramai menerusi laman sosialnya mengecam kenyataannya itu.
Namun macam biasa, tiada seorangpun ulamak PAS yang berani bersuara menegur atau menasihat anak perempuan Anwar itu dan hanya memberikan alasan kurang jelas dan tidak cukup bukti atau semua isu itu dimanipulasikan oleh orang ramai termasuk UMNO atau anak perempuan anwar itu tidak bermaksud dengan apa yang diucapkannya.
Manakala Pengerusi Agama Islam Selangor (MAIS) juga berkata Sultan Selangor turut kesal dengan kenyataan anak perempuan Anwar itu dan baginda menolak sama sekali pandangan orang melayu beragama islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari agama islam.
Sekarang dengar2 Nurul Izzah mahu menyaman akhbar dan blog2 yang memutar belitkan kenyataannya dan mahu perkara itu dibawa ke mahkamah. Saman perkara biasa bagi pihak dia. Okla kalau nak saman. Adakah mahu saman Sultan Selangor sekali kerana menolak pandangannya. Tunggu dan lihat?
Kalau fahaman agama kurang dalam dan umur setahun jagung telah menjawat jawatan tinggi dalam politik juga menyusahkan rakyat. Kalau berkelayakan tu bolehla diambil kira. Susah rakyat malaysia kalau dapat pemimpin politik yang hanya jaga diri dan keluarganya sahaja. janji PM.. Susah kita sebagai rakyat.
Persoalannya adakah badan2 NGO atau kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada anak perempuan Anwar dan mengkaji sedalam2nya kenyataan tersebut. Kita semua tahu isu agama sekarang dipolitik sehingga mengelirukan pemikiran golongan muda. Namun tindakan tiada dan takut serta malas melayan kerenah orang yang pandai bermain dengan perunangan malaysia.
Bila kena pusing sikit, kena saman 100 juta mula tarik kes, tak cukup bukti dan macanm2 lagi. sunggun bosan
No comments:
Post a Comment