Pihak berwajib terutamanya wakil rakyat kawasan Cameron Highlands perlu memberikan bantuan segera kepada semua mangsa tanah runtuh termasuk membina kediaman baru, menyalurkan bantuan makanan, pakaian serta keperluan lain untuk menyambut Aidul Fitri yang bakal tiba.
Bantuan kemanusiaan ini lebih mendesak berbanding tuntutan sesetengah pihak yang lebih berminat untuk mencari punca terjadinya runtuhan tersebut termasuk usaha mengkaji profil tanah atau kenapa dan mengapa rumah-rumah mangsa tanah runtuh dibina di kawasan tersebut.
Runtuhan tanah yang menimbus kawasan kediaman terutamadi kasawan berisiko banyak berpunca daripada tindakan dan aktiviti manusia. Mengenai kejadian di kawasan perkampungan orang Asli Sg Ruil ini, apakah runtuhan runtuhan tanah itu juga disebabkan oleh profil atau struktur tanah yang sudah longgar akibat aktiviti penarahan dan penggondolan bukit yang tidak terancang di kawasan itu?
Sebelum lebih banyak nyawa melayang, pihak berwajib perlu mengambil iktibar dan melakukan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti-aktiviti penarahan bukit untuk kegiatan pertanian di kawasan ini.
Jangan kerana ingin mengaut keuntungan dan melindungi kepentingan sesetengah pihak,kita mengabaikan aspek keselamatan orang lain.
No comments:
Post a Comment