Sunday, 14 March 2010
Tulah dan Itulah
Dalam kamus dewan edisi kedua tulah bermaksud kemalangan yg berlaku pd diri seseorang kerana melanggar larangan (melakukan perbuatan yg kurang baik terhadap orang tua, orang suci dsb). menulah mengenakan tulah pd; mengutuk atau menyumpah seseorang (supaya mendapat kemalangan). ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah.
Dalam kamus dewan edisi keempat tulah I bermaksud kemalangan yg menimpa kerana melanggar larangan (melakukan sesuatu yg kurang baik terhadap orang tua-tua, menderhaka kpd raja, dll), kualat, kutuk: ampun beribu-ribu ampun, takutlah patik menjadi ~ duduk di atas peterana ini tempat bersemayam adinda; ~ papa kutuk yg mendatangkan kesengsaraan (kepapaan); takut ~ Br takut mendapat kecelakaan kerana melawan perintah ibu bapa; takut akan ~ baginda takut akan kualat baginda; menulahi mengenakan tulah kpd, mengutuki (menyumpahi dll) orang supaya mendapat kemalangan; ketulahan mendapat kemalangan kerana ditimpa tulah, menderita tulah:
Apakah dalam pakatan yang di ketuai oleh Anwar telah kena tulah kerana menderhaka kepada raja serta rakyat dibawah naungan tuanku kerana memporak perandakan keamanan dan keharmonian rakyat di Malaysia Rakyat menjadi susah dengan pepecahan dalam politik melampau.Berpolitik untuk diri sendiri keluarga dan kawan2. Apakah ini yang sedang terjadi dalam pakatan sekarang. Derhaka kepada sultan.. kerja sapa? Mendoakan kecelakaan kepada semasa islam.. kerja sapa? menipu rakyat dengan janji2 kosong pilihanraya... kerja sapa? Apakah ini yang dikatakan telah kena Tulah....?
Itulah.... itulah yang terjadi kerana kerakusan berpolitik mereka-mereka dalam pakatan. Itulah yang terjadi dengan pepecahan yang berlaku dalam pakatan kini. Seorang demi seorang keluar pakatan kerana tidak mahu bersekongkol dengan anwar. Itulah yang bakal diterima oleh anwar kerana setiap seorang demi seorang dengan lantangnya bersuara mendedahkan kebusukan dan jijiknya pakatan sekarang. Apakah ini yang diterima kerana mengkhianati serta merosakkan keharmonian rakyat yang hidup dibumi Malaysia ini. Bagi pengkhianat orang melayu... pengkhianat negara.....renung2kan......
Thursday, 11 March 2010
Kerja Kosong
Desas desus mengatakan banyak kerja-kerja kosong terdapat di selangor, kedah, pulau pinang dan kelantan. Betul ker? Ada kerja kosong peringkat atasan, bawahan serta kuli batak. Ini amat dirasai apabila banyak kerja-kerja yang dilakukan oleh syaitan telah dilakukan oleh golongan-golongan ini. Apa tidaknya sifat-sifat yang diwajahkan oleh golongan-golongan ini amat jelas menyerupai sifat-sifat syaitan.
1. melalui sifat-sifat bohong dan angkuh.. Ramai golongan-golongan ini berbohong dalam janji-janjinya semata-mata ingin meraih sokongan daripada rakyat. Angkuh apabila berhujah.. dengan penipuan yang diluahkan daripada hatinya yang gerhana, hanya semata-mata ingin memenangi hati rakyat. Biasala bila kunci pintu syurga dalam tangan...
2. Sifat kedekut ini terdapat pada golongan atasan. Apabila berceramah jer.. siap dah balaci-balaci akan mengutip derma dari rakyat. Belum sempat habis berceramah akan ada waktu rehat 5 minit.. masa untuk kutip derma. Golongan atasan yang berelaun wakil rakyat.. minta derma dengan petani, penoreh getah, penyapu sampah.. Diorang memang cam tu..
3. Sifat takbur dan bongkah ini biasa dalam diri-diri golongan atasan. Apabila bercakap.. dia jer yang betul.. orang lain salah. Apabalila bercakap akan ada kiasan-kiasan hingga mengelirukan orang yang mendengar.. Semua dia betul la. Orng lain salah. Orang lain semuanya kapir.. Dia jer yang terbaikkk. Syurga-syurga dalam poket. Tapi bab caci maci orang dia no 1. 1fcukatan durjana..
4. Kianat dalam organisasi nie baisa bak kata orang cas keting nie wujud dalam kelompok mereka. Apabila kekejaman terhadap isu-isu agama serta kroni moni... ramaila yang akan keluar kerana tidak sanggup menyambung kerja-kerja yang bersifatkan syaitan ini.
5. Sifat yang tidak suka menerima teguran , ilmu daripada orang lain. Kalau dh bebal tu.. dh rasa diri tu pandai susahlah.. Jenis bodoh tak leh diajar, pandaii tak leh nk tumpang.. Payahhh cam nie. Kalau dh orang kata tak betul tu... Dia kata betulll... Cam-cama cara akan dibuat.. yang haram jadi halal... Ramailaa yang mabukkk .. dan sekarang pun dh mabukkkkk...
6. Melalui hasat dengki.. Tak leh tengok orang senang sikitt... Dia pun nak juga.. kalau orang berjawatan tinggi.. Dia pun nak jugak.. tapi dai bodoh tak alayn untuk menjawat jawatan tu.. kalau orang jadi Perdana Menteri... dia pun nakkkk...amacam...
7. Suka merendah-rendahkan orang lain.. kalau iman tu bukan dari golongan dia.. tak sah la pulah jemaah tu.. kononnya orang lain nie tak sempurna amalanya...
8. Sifat yang suka buruk sangka terhadap orang lain. kalau orang dah buat benda betul tu... dia akan cari pelbagai alasan untuk memburuk-burykkan benda yang betul tu. Semua yang orang buat tak betull.
9. Ini yang palaing parah.. bila suka berangan ini. Berangan sampai nak jadi pemimpin dunia. Nak memimpin golongan sendiri pun tak betul, cam mana nak jadi pemimpin yang baik. kalau berlajan pun kena tolak, kena pegang takut jatuh.. susahlaaa... kena tgk keadaan diri jugak.. Macam mana nak jadio pemimpin kalau pemimpin tu buta dan yang ingin dipimpin tu celik. Berangan nk pegang pucuk pemerintahan tettinggi.. sanggup jual beli nie.. janji jadii.. Berangan sampai kesitu.. Apa yang terjadi... belum sempat beli barang, barang sendiri dah rosakkk..
Nampaknya syaitan-syaitan sudah banyak senang kerjanya kerana telah berjaya mewarisi sifat-sifat azalinya kepada manusia.. Maka syaitan-syaitan tegar nie sudah tidak bekerja dan kekosongan untuk menjawat kerja-kerja ini sedang diisi..
Tuesday, 9 March 2010
SAH ? SAH... lebih suara bersetuju....
Mahkamah telah memutuskan bahawa pemecatan semua, semua jawatan dalam kerajaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disisi undang-undang adalah sah. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan pelantikan dan pelucutan jawatan menteri Kabinet merupakan kuasa Perdana Menteri.
Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menyatakan, Yang di-Pertuan Agong langsung tidak mempunyai budi bicara mempertikai atau menolak sebarang pelantikan mahupun pemecatan menteri.
Jelas beliau, ini kerana sistem Raja Berperlembagaan menghadkan kuasa Seri Paduka berbuat demikian memandangkan rujukan kepada baginda seperti yang dizahirkan di bawah Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan hanya satu formaliti.
Dengan keputusan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua bertindak mengikut undang-undang ketika memecat Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
''Kuasa memilih dan melantik Menteri Kabinet terletak di tangan Perdana Menteri, jika beliau memutuskan seseorang menteri itu meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyatakan sebaliknya.
''Prinsip undang-undang jelas menyatakan bahawa hanya pihak yang melantik berhak melakukan pemecatan,'' ujar Hakim Alauddin ketika membacakan penghakiman bertulisnya setebal 33 muka surat. ... utusan malaysia 9 mac 2009.
Sebagai sebuah keluarga besar pakatan Anwar dan Peguamnya Karpal Singh sebelum ini menyatakan, Dr. Mahathir bertindak tanpa mengikut perlembagaan ketika memecat Anwar kerana beliau sekadar menyampaikan atau memaklumkan keputusan yang dibuatnya, bukan menasihati baginda. Peguam pakatan memang pandai dalam bab berhujah hujah nie.Namun begitu, ianya telah berlalu 11 tahun yang lalu, walaupun ketua pembangkang telah merasakan keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya. Mungkin peguam kesayangannya telah bisik-bisik yang kes ini memihak kepada Dr . Mahathir kerana sebelum keputusan yang akan di buat oleh Perdana Menteri pada masa tu Dr. Mahadhir bukan membabi buta, tetapi merujuk kepada penasihat undang-undang. Lagipun Dr. Mahathir memang bijak... tak seperti mereka didalam pakatan. Walaupun Peguam Anwar telah tahu keputusan daripada mahkamah, namun sebab nak jaga hati Anwar,,, amik juga la kes nie... Mungkin pada masa tu penyokong dan pengikut anwar marah kepada Dr. Mahathir pada masa tu dan amat menyokong agar kes pemecatan ini dibawa ke mahkamah... tapi saya percaya penyokong anwar sekarang pun dh lupa pasal keputusan mahkamah kes pemecatan jawatan anwar.
Mana perginya penyokong Anwar masa mahkamah hendah mengumunkan keputusan kes pemecatannya oleh Dr. Mahathir adalah sah atau tidak sah.

