Saturday 31 July 2010

Telusnya Sistem Perundangan Malaysia

Kenapa bila kena atas batang hidung sendiri geng-geng Pakatan terutama DAP dan PKR bila berhubung urusan mahkamah, pelbagai sejuta alasan yang diberikan. Tapi lain la pulak dengan kes Liong Sik yang datang sendiri ke mahkamah tanpa banyak soal bial dipanggil berhubung kes PKFZ. Tapi bila kena tang pungkok geng DAP dan PKR bukan saja datang mahkamah, SPRM baru nak ambil keterangan, dh mengeletik satu badan (panas-panas).pelik tapi itu adalah kebenaran bila mahu menyembunyikan kesalahan.

Itu yang berlaku dalam politik Pakatan. Termasuklah Ketuanya.. yang asik lari daripada kes liwatnya.Bila buat salah... pandai plak nak mengelak.. Macam nie punya pemimpin pun ada orang sokong, ada orang sanggup mampus demi ketuanya ini. Siapa yang salah.. Adakah melayu yang salah disebabkan jiwanya telah dipesongkan oleh kata2 keramat ketuanya..Entahlah

Tapi Kes PKFZ kalau ada lagi VIP yang akan di panggil, teruskan perbicaraan.. ketelusan sistem undang-undang Malaysia dibawah Kepimpinan Najib dapat dilihat dengan jelas walaupun DAP dan PKR menafikan kerana baginya dialah penggubal undang2 dan dia la yang paling berkuasa dan ada mesin print pas untuk masuk syurga.. Mesin tersebut telah disewa oleh PAS dahulunya. Mungklin lepas nie amik balik kot? Kalau PAS dan merasakan kegilaan melanda apabila bersama dengan DAP serta PKR.. dh sampai masanya PAS duduk semaja dengan UMNO untuk masa depan melayu dan islam. Pemimpin ini sahaja yang dapat mewujudkan perpaduan melayu walaupun melayu di di pelusuk negara mahukan melayu bersatu....Melayu Bersatu.. Melayu Bersatu..

Pergi Jahanam dengan DAP dan PKR

Friday 30 July 2010

Kaum Yang Tak Pandai Bersyukur

Dahulunya kerajaan banyak menolong kaum-kaum yang terpinggir di pinggir bandar. Datang dari kampung untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki agar kehidupan lebih baik dapat dijamin adalah sangat mulia.Satu penghijrahan daripada himpitan kesusahan kepada kehidupan yang lebih baik.

Datang dari kampung menetap di tanah2 kerajaan dengan membina rumah-rumah kotak untuk berteduh. Menggunakan air secara haram dan juga menyambung elektrik2 secara haram. Kehidupan setinggan yang telah alma wujud dinegara ini jugala terpanggilnya kerajaan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan selamat. Ada perumahan PPRT untuk mereka. Dengan keadaan rumah yang jauh lebih selesa daripada kehidupan asal.

Tapi kini apabila sudah selesa kehidupan keluarganya menjadi jurucakap kepada ramai jirannya yang kerajaan sekarang nie zalim dan menyusahkan rakyat. Dengan sedikit pengurangansubsidi oleh kerajaan terhadap beberapa harga barang seperti gula , petrolium dan juga gas telah membuatkan mereka ini lupa akan jasa-jasa kerajaan terdahulu. Mereka rata2nya menyatakan pemimpin2 kini hanya mendahului duit daripada mereka. Mereka juga mengatakan bahawa kerajaan tidak pandai menguruskan wang rakyat sehinggakan negara berada dalam kesempitan kewangan. Adakah ini yang di ajar oleh pemimpin selebah sana yang hanya pandai menunding jari kepada kerajaan.

Adakah golongan ini sepatutnya dihantar untuk menyertai program lawatan sambil belajar ke negara2 seperti indonesia, india, laos yang kehidupan disana jauh lebih susah daripada malaysia. kenapa kaum2 ini tidak pandai bersyukur dengan apa yang telah dinikmati selama ini. Apakah yang mereka mahukan dalam kehidupan mereka. Adakah salah agensi kerajaan yang tidak pandai menyalurkan maklumat kepada mereka. memberikan penjelasan yang sebenar ke[pada mereka? Adakah pembangkang telah berjaya membuat kerja mereka sehingga beerjaya membeli jiwanya biarpun negara jahanam apabila dipimpin oleh DAP dan Pakatan Kroni Keluarga?

Adakah ini salah mereka atau kerajaan yang salah?

Thursday 29 July 2010

Jangan Bazirkan Wang Kerajaan

I pergi untuk buat kerja kerajaan..u duduk rumah jaga anak-anak. U kena pastikan anak-anak mendapat pelajaran yang secukupnya. JANGAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN... JANGAN BAZIRKAN WANG KERAJAAN.... sedikit kata-kata azimat daripada Allahyarham Tun Razak. Jangan Bazirkan Wang Kerajaan.

Pemimpin dahulu yang semangat kerjanya begitu ikhlas demi rakyat dan Negara. Menjalankan amanat yang diberikan kepada rakyat tanpa mengenal jemu, penat, sakit hinggakan menjalankan tugas hingga nafas yang terakhir. Itu pemimpin dahulu.

Tapi adakah pemimpin sekarang ikhlas menjalankan tugas yang diamanahkan. Ada segelintir pemimpin dahulu mengatakan pemimpin sekarang hanya mengejar glamour, duniawi,mengejar nama, pangkat dam pingat. Ada yang gilakan ceremonial.Ada yang gilakan amaran.Tapi yang pasti... yang penjilattt ramai.. Adakah itu yang berlaku.

Ada berpolitik untuk kronie dan keluarga. Ada yang berpolitik untuk poket. Ada yang berpolitik untuk nama.Ada yang berpolitik untuk menjahanamkan negara. Ada yang berpolitik untuk memecahbelahkan bangsa melayu dan agamanya.

Kenapa ini berlaku? Adakah semua pemimpin sekarang sudah Mati semangatnya. Adakah semangat kegilaan duniawi yang hidup dalam dirinya.Sekiranya ini masih menebal... adakah kita sanggup melihat melayu menjadi pemgemis di bumi sendiri.

Melayu semakin berpecah dan semakin miskin dimata bangsa lain. Pemimpin yang ada hanya mampu melihat pepecahan ini. Pemimpin sekarang jugalah yang meemcahkan semangat melayu. Adakah politik pemecahan melayu dan agama islam yang mampu dilaksanakan oleh pemimpin sekarang. Kenapa pemimpin bangsa melayu hanya melihat pepecahan ini. Adakah syurga yang akan diterima oleh pemimpin-pemimpin yang memecahbelahkan bangsa dan agamanya hinggakan melayu semakin lemah dan semakin hina.

Adakah perpaduan wujud dalam masyarakay melayu kini.

Monday 19 July 2010

Kemana Pasir Dijual

Pasir selangor yang dikorek, digali, disedut oleh pengusaha-pengusaha pasir diselangor dibawah kerajaan Pakatan ini banyak diperkatakan oleh semua orang. Kemana pasir-pasir yang dikorek bergunung-gunung nie nak dijual dimana.Kalau dilihat semua projek perumahan ker apa ker.. adakah jumlah pasir yang dikeluarkan tu tidak cukup atau berlebihan. Banyak sangatkan projek2 baru nak buat nie..

Ada sumber2 yang mengatakan bahawa pasir-pasir dijual di Pahang. Kenapa negeri pahang yang ingin dijual. Pasir di pahang tidak cukup ker. Kenapa negeri pahang? Adakah sebab kalau pahang, pasir2 tu akan di bawa melalui kapal dan bukannya lori. Kalau pakai lori, berpuluh2 ratus lori atas jalan raya. Banyak2.. tapi pasir-pasir dibawa guna kapal.

Kemungkinannya pasir-pasir ini dijual di singapura. Sebab singapura memang gila pasir, lagi banyak pasir yang dibelinya, lasi besau singapura nanti, pelabuhan pun dia boleh tambak. Logiknya bila pasir ini dibawa melalui kapal lagi sennag nak jual pasir kat singapura.Bila kapal yang nak bawak pasir ker pahang, akan lalu perairan antarabangsa dan melalui singapura. Kat situ mungkin 3/4 daripada pasir tu di tinggalkan disingapura dan 1/4 pasir sahaja akan ke pahang. Tul ker?

Inilah antara sebab-sebab mengapa kerajaan selangor beria sangat nak korek pasir dan jual ker Singapura.Singapura sanggup bayar lebih disebabkan pasir ini.Adakah ini sebab mengapa pasir di selangor dokorek sebigini rupa. Syarikat-syarikat pasir dibawah kerajaan negeri selangor memang buat duit kalaula ianya benar dan dh memang ini yang dirancang oleh kerajaan selangor. Masa ini lah masa yang sesuai buat hub dengan singapura, jual pasir kat singapura, mana tahu boleh minta tolong bila piliharaya nanti. Kita pun tak tahu... Yang tahu hanyala khalid dan exco2nya. Azmin pun mungkin tahu.

Yang pastinya akan banyak lubang2 yang akan jadi lombong di selangor. Berlubang2 bumi selangor macam permukaan bulan. Bak kata orang bulan kalau dilihat dilangir sungguh indah berseri2 tetapi bila dilihat jarak dekat buruk amat berlubang2.. Macam logo PAS plak. indah luaran tetapi buruk didalam.. Tul ker... mana2 la labu...

Tuesday 13 July 2010

Pakatan Pasir Selangor

Bukan calang-calang makhluk yang boleh bermain pasir nie, atasan2 saja yang boleh main pasir nie. Siapa yang duk beria nk beli pasir nie... kalau bukan golongan-golongan kontraktor2 yang duk buat projek2 jorta-jorta. Diaorag jer yang ada duit yang boleh buat projek2 perumahan ker hapa ker.. Mungkin diorang nie yang duk rakus nak pasir2 nie..kena plak dengan DAP yang jaga selangor lagila lesen2 pasir keluar balik tu.. kalau tak silap MB dulu dh stop lesen kelaurkan pasir thn 2005. Tapi bila PKR amik alih selangor, open balik lesen pasir.. time nie la nk buat duit.... dah wujud proksi2 dalam pakatan yang buat duit sumber pasir nie.

Tak yah duk citer pasal pergolakan dalam PKR selangor sekarang... tu masalah diorng dalam pembahagian harta rampasan tak sama rata... semua dh bising2.. Si khalid plak tak leh nk join dengan 2 perompak nie... alih2 dia sendiri kena jual.... dh kena dah... biarla selagi diorg ada kuasa... tu masalah pentadbiran negeri selangor kini..

Masalahnya, orang selangor hanya duk bising sana , biisng sini tak puas hati dengan pentadbiran negeri, tak puas hati dengan isu pasir la, macam2 isu dh keluar kat selangor sejak pakatan ambil nie.. Orang selangor nie apa nka bising melalak melolong cam orang sawan meronyan... korang yang bagi undi Puak2 tu... ko terima la nasibnya... bukan sahaja korang yang jadi mangsa kerakusan pakatan... seluruh negara dapat tempias... tak tahula betapa bongoknya korang nie... lambung2 tinggi2 keluarga nuar tu....

jangan duk melalak dalam tv la cakap tak puas hati dengan kerajaan selangor sekarang...Yang bagi undi korang dan yang tak buat keja pun korang.. Elok sanagtla... semaunya nk untung atas angin... takat orang lain yang bersusah payah bekerja untuk menagkan kerajaan baik tak payah... korang hanya nk untung atas angin jer la.... so tak yah la nk melalak.... telan jer....

kat sungai kelantan pun tengah sibuk duk sedut pasir nie... dah banyak struktur sungai yang berubah, topografi permukaan sungai pun berubah serta aliran sungai pun juga berubah... tapi tak pak... biarla... asalkan dapat sedut duit.... masyukkkkkk