Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, 24 March 2010

Tebuan atau Habuan Mainan Politik Pakatan


Jaga-Jaga Cik Salmah

ZuL, YB Kulim Bandar Bharu sekali lagi mengegarkan Dewan persidangan apabila mendedahkan pakatan jahat pembangkang yang menawarkan habuan yang besar kepadanya untuk menfitnah Perdana Menteri dan isterinya.

Katanya, habuan yang ditawarkan boleh menguji jati diri serta maruahnya. Besau juga tu... mana diorg nie dapat cari habuan sebenar nie. Nak cari tebuan sekor tu boleh laaa. Tapi kalau kat bandar nie, penat juga nak cari seekor tebuan.

Hanya dengan akuan bersumpah menfitnah PM dsan Isterinya dikaitkan dengan pembunuhan warga mongolia Altantuya Shaaribu. Buat akuan bersumpah dengan nilai RM 4 kalau tak silap... boleh dapat habuan besau... yang bakal mengoncang keimanan. Tapi YB ZuL tidak termakan hasutan syaitan tersebut. Apakah ini perjuangan pakatan dengan menfitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan seseorang. Dengan cara ini sahaja boleh menarik perhatian rakyat. Apakah rakyat malaysia sekarang hidung dalam zaman fitnah menfitnah. Apakah peranan PAS yang melaungkan islam dalam perjuangannya tidak dapat menasihat atau menyekolahkan atau menyeramahkan atau menerajangkan kepala DAP dan PKR kerana fitnah ni berdosa.

Oleh itu, ZuL bakal berdepan dengan kawan-kawan lamanya dalam pakatan selepas ini setelah pendedahan yang telah dibuatnya.

Apapun kita perlu ingat... macam2 boleh jadi dengan politik mereka2 ini...

Brahim Ali Naik Minyak

Hari ini Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas pula naik minyak apabila Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution pula menuduh Brahim Ali ada kaitan dengan Syarikat Ascort Sport atau syarikat pertaruhan judi milik Vincent Tan.

Pagi tadi Ibrahim Ali dengan beraninya sedia bersumpah dengan menjunjung Quran demi mempertahankan dirinya yang tidak bersalah dan tuduhan tersebut yang tidak berasas menampakan agenda pakatan untuk mengalih isu utama masalah dalam pakatan. Masalah tuduhan liwat ketua pembangkang juga tak selesai lagi. Paling tidak dapat alih perhatian rakyat daripada mengikuti perkembangan kes liwat anuar dengan bekas pembantunya.

Kita perlu menunggu daripada Saifuddin Nasution adakan dia juga berani bersumpah dengan menjunjung Quran yang apa yang keluar daripada mulutnya adalah benar, sebenarnya... taida yang benar selain benar.

Apapun pakatan semakin terhimpit dengan masalah dalamannya sehingga menjadikan pihak lain alat permainan politiknya?