Showing posts with label pas dan wang ihsan minyak. Show all posts
Showing posts with label pas dan wang ihsan minyak. Show all posts

Wednesday, 24 March 2010

Tengku Razaleigh Jadi Orang Tengah> Royalti Minyak



KKOTA BHARU 24 Mac — Kerajaan PAS Kelantan memutuskan untuk melantik bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai wakil kerajaan negeri dalam rundingan tuntutan royalti minyak dengan Kerajaan Pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini.

Beliau berkata mesyuarat itu juga memutuskan supaya Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, menyelesaikan isu tuntutan dalam tempoh empat bulan berkuatkuasa hari ini.

"Mesyuarat Exco hari ini mengambil keputusan bersetuju melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil kerajaan ini untuk berunding menyelesaikan isu tuntutan kerajaan negeri berhubung isu royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.

"Surat rasmi pelantikan itu akan dihantar kepada Tengku Razaleigh dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini hari ini. - Bernama

Elokla tu.. kerajaan PAS dibawah pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh bekerja sama dengan wakil kerajaan daripada UMNO. Tengku Razaleigh dikatakan orang yang paling sesuai. Nampaknya kerjasama antara PAS dan UMNO boleh diwujudkan tetapi disebabkan politik,,, yang senang jadi susah. tapi bab duit minyak untuk rakyat.... nampaknya PAS sudah sepakat untuk bekerjasama. Menampakkan UMNO memang bersedia untuk bersama-sama membantu rakyat kelantan. Harapan agar duit tersebut boleh memberi manafaat kepada rakyat dan bukannya kepentingan politik PAS.

Saturday, 27 February 2010

Wang Ihsan untuk kelantan

Baru sahaja menjejak kaki di negeri kelantan, dah dengar resah keluh anak-anak jati kelantan apabila bercerita mengenai wang ihsan ker royalti ker apa ker... yang jelasnya, resah anak-anak kampung yang sudah bosan dengan mainan politik sekarang. Apa yang diluahkan oleh mereka ada betulnya...

"Kalu kerajae nok bui pitih minyok... bui-bui la.. nok politik kero apo lagi... sapa ko pitih hok kerajae nok bui tu. Duk datas nie supo air paip.... air turun po air terjun... bilo sapa ko puak kito nie... nitik jah...supo pilihanrayo la...katonya hok perantau balik ngundi bulih 200 ria.... bilo mintok bulih 50 rial jah... hok lain nyo sapu ko ore tengoh.....takut duit minyok nie supo jahhh.. nyo kerat ko are tengoh...ore tengoh jong kayonyo....wat nate apo..."

Apa yang disampaikan tu betul.. aku setuju sangat.. dikampung-kampung nie mereka hanya menunggu.. apa yang mereka akan mereka dapat daripada kerajaan . Yang penting mereka dapat. tak kesah dari kerajaan pusat ker dari UMNO. Janji dapat. Apa yang dirisaukan tentang cara untuk menyampaikan wang tersebut. Sampai tak wang yang nak di agihkan tu.. Itu antara persoalan yang bermainan difikiran anak-anak jati kelantan..

Ada juga bertanya kenapa tidak dibawa ke Mahkamah isu mintak kelantan nie. Kerajaan Nik Aziz sepatutnya selesaikan masalah ini dimahkamahla.. Jawapannya cukup senang.... bodooo.... la kalu bawok ko mahkamah... lambat bulih pitih so hal,tu pun kalu kelate menee, kalu kaloh guano.. sajooo la kito...

Tahu plak diorang nie..asalkan mereka nie dapat sudah... tak kesahlaaa dari siapa pun..

Kita tunggu dan lihat.....