Tuesday 9 August 2011

Jangan Berpolitik Di Pusat Pengajian Tinggi

Berpolitik di Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bukan perkara baru. Perkara ini telah menjadi amalan sejak dulu lagi lebih-lebih lagi semasa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

Lebih menakutkan, apabila profesor dan pensyarah yang berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawabnya dan tugas hakiki untuk menyalurkan ilmu kepada pelajarnya.

Justeru titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menggesa supaya pensyarah menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar daripada berpolitik perlu dilihat daripada sudut positif.

“ Beta tidak berkenan orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik dalam kawasan UNISEL,” titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL di Kampus Bestari Jaya.

Sebelum ini tidak pernah timbul isu profesor dan pensyarah yang menggunakan platform pusat pengajian tinggi untuk bermain politik dengan pelajarnya atau memberikan ceramah berbau politik demi kepentingan sesetengah pihak.

Namun sejak Selangor diterajui oleh Parti Pakatan Rakyat (PKR), nampaknya UNISEL telah terdedah kepada gejala pensyarah berpolitik di kampus dan seolah-olah tindakan mereka itu mendapat restu pemimpin-pemimpin PKR di Selangor.

No comments:

Post a Comment