Tuesday, 15 January 2013

Dua tokoh agama tegur Pas







Dua tokoh agama menasihatkan agar Pas berhati-hati dan bertindak lebih matang dalam menangani isu berkaitan agama seperti kalimah Allah demi menjaga akidah umat Islam di negara ini.

Salah seorang tokoh terbabit iaitu pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa'amah menyifatkan cara Pas menangani isu kalimah Allah menggambarkan kedangkalan parti itu dalam hal berkaitan agama.

Katanya, walaupun Majlis Syura Ulama semalam memutuskan kalimah Allah hanya untuk agama Islam namun pendirian Pas sebelum ini yang membenarkan bukan Islam menggunakannya mengundang kecelaruan.  Utusan

Kalimah Allah: Mat Sabu ubah fikiran, setuju Majlis Syura


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA


PI KULOMPUR PERCUMA, SAPA TAK MAU?


PI KULOMPUR PERCUMA, SAPA TAK MAU?




KUALA LUMPUR : Petang semalam ketika makan bersama seorang rakan, beliau memberitahu penulis bahawa pada hari perhimpunan tunjuk perasaan pakciknya mengambil bahagian.

"Pakcik kamu sokong pembangkang ke? tanya penulis.

"Tidak. dia tak sokong mana-mana parti tetapi jika ada majlis membabitkan orang ramai, dia akan hadir untuk memeriahkan suasana. Ini berlaku di kampungnya di Pulau Pinang." jawabnya.

"Jadi mengapa dia ikut sama dalam perhimpunan itu?" tanya penulis lagi.

"Saya tanya dia mengapa beliau hadir Sabtu lalu, pakcik menjawab bahawa jika semua diberikan percuma termasuk tempat tinggal, mengapa tidak ambil peluang. Dia kata, "tak keluaq duit pun. siapa tak mau pi kulumpor free". " jelas rakan.

"Jadi apa yang dibuat setiba di KL? " tanya penulis.

"Dia kata, dia ikutlah arahan ketua. Apabila diminta keluar berjalan-jalan ke stadium, beliau ikut sajalah dan kemudian balik menaiki bas ke Pulau Pinang," terangnya.

Sekian.

Oleh Ibrahim Yahaya