Tuesday, 10 August 2010

Melayu Pakatan Tak Tolong Peniaga Melayu Di Peneng



Peniaga melayu tidak dibenarkan berniaga di Komtar pada bulan Ramadhan merupakan penyepak kaki kiri terhadap orang melayu di Peneng. Ini semua gara-gara terlalu percayakan perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, terlalu yakin dan sucinya Ketua Menteri Peneng. Dari dulu lagi DAP amat bencikan Melayu dan penindasan demi penindasan akan dilakukan agar mereka dapat memerintah.Adakah melayu lupa semua ini..

Tak boleh berniaga di Peneng atas arahan DAP biasala... tak pelik langsung... sebab ini semua sudah dirancang. Mana boleh ekonomi orang melayu berkembang di Peneng. Biar cina sahaja yang kaya raya. Orang melayu peneng jadi peminta sedekah.tak tahula apa alasan yang akan diberikan nanti, ada seribu alasan kenapa lesen berniaga di bulan ramadhan tidak dikeluarkan, yang pastinya menggangu lalu lintas.. tapi peniaga haran dari kaum dia berniaga dikaki lima tak apa plak..adakah peniaga melayu kena jolok dulu kot br boleh berniaga... tapi aku nak ucapkan tahniah gak kat melayu pulau mutiara nie.. apa yang korang laungan, sokong bermati-matian bergaduh sesama melayu sebab nak sokong DAP... korang dah dapat imbuhan dan ganjarannya... syabasss

Tapi yang peliknya orang melayu dalam Pakatan nie tak reti bersuara atau takut untuk bersuara atau memang suka melihat bangsa sendiri hancur disebabkan tindakan DAP ini. Apa semua ini...satu suara pun tak kedengaran membela nasib orang melayu di Peneng.Tapi aku percayalaa Guang Eng jadi hero last minute... tak silap aku... dia akan umumkan yang peniana melayu boleh berniaga seperti tahun2 sebelumnya... DAP tidak kejam... ini semua salah faham...

Tapi perlu diingat.... melayu harus bersatu demi generasi akan datang... kalau dibiarka semua ini berlaku.... pemimpin sekarang yang tidak membela nasib orang melayu ini akan dibina tandas atas kuburnya oleh generasi baru akan datang. "manusia inilan yang buat kita jadi susah dibumi sendiri" orang datang kekubur menziarah sedekahkan ayat suci alquran.. tapi geng ini datang kencing jer kat batu nisan.... amacammm ......

Saturday, 31 July 2010

Telusnya Sistem Perundangan Malaysia

Kenapa bila kena atas batang hidung sendiri geng-geng Pakatan terutama DAP dan PKR bila berhubung urusan mahkamah, pelbagai sejuta alasan yang diberikan. Tapi lain la pulak dengan kes Liong Sik yang datang sendiri ke mahkamah tanpa banyak soal bial dipanggil berhubung kes PKFZ. Tapi bila kena tang pungkok geng DAP dan PKR bukan saja datang mahkamah, SPRM baru nak ambil keterangan, dh mengeletik satu badan (panas-panas).pelik tapi itu adalah kebenaran bila mahu menyembunyikan kesalahan.

Itu yang berlaku dalam politik Pakatan. Termasuklah Ketuanya.. yang asik lari daripada kes liwatnya.Bila buat salah... pandai plak nak mengelak.. Macam nie punya pemimpin pun ada orang sokong, ada orang sanggup mampus demi ketuanya ini. Siapa yang salah.. Adakah melayu yang salah disebabkan jiwanya telah dipesongkan oleh kata2 keramat ketuanya..Entahlah

Tapi Kes PKFZ kalau ada lagi VIP yang akan di panggil, teruskan perbicaraan.. ketelusan sistem undang-undang Malaysia dibawah Kepimpinan Najib dapat dilihat dengan jelas walaupun DAP dan PKR menafikan kerana baginya dialah penggubal undang2 dan dia la yang paling berkuasa dan ada mesin print pas untuk masuk syurga.. Mesin tersebut telah disewa oleh PAS dahulunya. Mungklin lepas nie amik balik kot? Kalau PAS dan merasakan kegilaan melanda apabila bersama dengan DAP serta PKR.. dh sampai masanya PAS duduk semaja dengan UMNO untuk masa depan melayu dan islam. Pemimpin ini sahaja yang dapat mewujudkan perpaduan melayu walaupun melayu di di pelusuk negara mahukan melayu bersatu....Melayu Bersatu.. Melayu Bersatu..

Pergi Jahanam dengan DAP dan PKR

Friday, 30 July 2010

Kaum Yang Tak Pandai Bersyukur

Dahulunya kerajaan banyak menolong kaum-kaum yang terpinggir di pinggir bandar. Datang dari kampung untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki agar kehidupan lebih baik dapat dijamin adalah sangat mulia.Satu penghijrahan daripada himpitan kesusahan kepada kehidupan yang lebih baik.

Datang dari kampung menetap di tanah2 kerajaan dengan membina rumah-rumah kotak untuk berteduh. Menggunakan air secara haram dan juga menyambung elektrik2 secara haram. Kehidupan setinggan yang telah alma wujud dinegara ini jugala terpanggilnya kerajaan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan selamat. Ada perumahan PPRT untuk mereka. Dengan keadaan rumah yang jauh lebih selesa daripada kehidupan asal.

Tapi kini apabila sudah selesa kehidupan keluarganya menjadi jurucakap kepada ramai jirannya yang kerajaan sekarang nie zalim dan menyusahkan rakyat. Dengan sedikit pengurangansubsidi oleh kerajaan terhadap beberapa harga barang seperti gula , petrolium dan juga gas telah membuatkan mereka ini lupa akan jasa-jasa kerajaan terdahulu. Mereka rata2nya menyatakan pemimpin2 kini hanya mendahului duit daripada mereka. Mereka juga mengatakan bahawa kerajaan tidak pandai menguruskan wang rakyat sehinggakan negara berada dalam kesempitan kewangan. Adakah ini yang di ajar oleh pemimpin selebah sana yang hanya pandai menunding jari kepada kerajaan.

Adakah golongan ini sepatutnya dihantar untuk menyertai program lawatan sambil belajar ke negara2 seperti indonesia, india, laos yang kehidupan disana jauh lebih susah daripada malaysia. kenapa kaum2 ini tidak pandai bersyukur dengan apa yang telah dinikmati selama ini. Apakah yang mereka mahukan dalam kehidupan mereka. Adakah salah agensi kerajaan yang tidak pandai menyalurkan maklumat kepada mereka. memberikan penjelasan yang sebenar ke[pada mereka? Adakah pembangkang telah berjaya membuat kerja mereka sehingga beerjaya membeli jiwanya biarpun negara jahanam apabila dipimpin oleh DAP dan Pakatan Kroni Keluarga?

Adakah ini salah mereka atau kerajaan yang salah?